Satu gegaran kuat dirasai di sekitar Kota Kinabalu pada pukul 2.33 pagi ini.
Gegaran itu menyebabkan orang ramai khususnya yang tinggal di pangsapuri sekitar bandar raya ini terjaga dan berkumpul di kawasan lapang sebagai langkah-langkah keselamatan keselamatan.
Sehingga 2.45 pagi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri telah menerima 12 panggilan kecemasan.
Menurut laman web Jabatan Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran dengan magnitud 5.2 pada skala Richter dikesan 28 kilometer ke utara Ranau pada pukul 2.29 pagi tadi. UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment