Friday, 12 June 2015

FGV DITENDANG KELUAR DARI BSKL ??!!



TAHUKAN KITA bahawa Index Bursa KL (KLCI) terdiri dari 30 syarikat. Ia merupakan 30 syarikat2 yang mempunyai nilai pasaran tertingggi. Nilai pasaran bermakna harga saham BUKAN jumlah saham di Bursa KL.


Pada tahun 2012 apabila FGV disenaraikan, nilai pasaran FGV mencecah RM20bil apabila harga meningkat RM5.60/sesaham. Ia meletakkan FGV dalam senarai 30 syarikat bernilai pasaran tertinggi tersebut (lebihkurang nombor 20 hingga 25, bergantung harga saham syarikat2 yang lain). Oleh itu Bursa KL telah memasukkan FGV kedalam KLCI tersebut.

Hari ini nilai pasaran FGV jatuh ke lebihkurang RM7bil. Ini bermakna FGV tidak lagi berada dalam senarai 30 syarikat2 bernilai tinggi. Oleh itu secara "auotmatic" FGV akan terkeluar dari senarai KLCI tersebut.

Jika harga saham FGV meningkat semula, dan nilai pasaran FGV masuk kedalam senarai 30 syarikat bernilai yang tertinggi, barulah FGV akan masuk semula kedalam KLCI.

Kelebihan berada dalam KLCI ialah, biasanya dana-dana pelaburan termasuk EPF, KWAP dan dana-dana dari luar negara, mensyaratkan agar pengurus dana mereka membeli saham-saham syarikat yang berada dalam KLCI. 


Oleh itu jika FGV terkeluar dari KLCI, mungkin dana-dana pelaburan tersbeut akan jual saham FGV. Walau bagaimana pun ini tidak semestinya berlaku, bergantung kepada samaada dana-dana tersebut akan mendapat keuntungan atau kerugian. Ia juga tidak bermakna saham FGV tidak lagi dijual-beli di Bursa KL. Dana-dana pelaburan masih akan beli atau jual saham FGV berganting kepada untung/rugi yang mereka jangkakan boleh diperolehi.

No comments: