Muda.... kacak bergaya... sihat walafiat... berkereta mewah... Mercedes Benz you!!! Tetapi kantoi mencuri kasut para jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, minggu lalu.
Lagi mengejutkan, si pencuri tersebut menggunakan but Mercedes Benz miliknya untuk dijadikan ‘setor’ menyimpan hasil curiannya itu.
Ketika pemeriksaan dibuat di dalam but kereta berkenaan, terdapat beberapa pasang kasut yang telahpun dirembatnya sebelum ini....
Ada pihak mengandaikan individu itu merupakan penjual kasut bundle namun ia hanya sekadar telahan.... dan berkemungkinan kasut-kasut yang terdapat di dalam but kereta itu adalah hasil perbuatan kejinya mencuri dari masjid-masjid lain ketika jemaah sedang khusyuk menunaikan solat, sebelum kantoi di masjid WP...
Kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..... Walau apapun, kejadian tersebut menjadi bukti bahawa terdapat segelintir manusia yang tegar melakukan perbuatan durjana walaupun di rumah Allah SWT.
No comments:
Post a Comment