Sunday, 17 May 2015

GST DAH 'SAMPAI' KE ISTANA....


Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah untuk mengukuhkan kewangan negara demi manfaat jangka panjang rakyat.


Menurut baginda, GST yang dikutip digunakan untuk mengukuhkan keselamatan negara, memantapkan pembangunan fizikal dan infrastruktur yang akan memakmurkan pembangunan sosial dan kebajikan rakyat.

"Beta mengambil maklum dan mendengar rungutan pelbagai pihak berhubung kenaikan harga barangan akibat pelaksanaan GST namun beta yakin segala keluhan ditangani sewajarnya oleh kerajaan.

"Kemakmuran tidak bermakna apabila masih ada rakyat hidup dalam kesusahan," titah Tuanku Syed Sirajuddin pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri sempena keputeraan baginda ke-72 di Balairung Seri Istana Arau hari ini.
Bernama juga melaporkan :
Tuanku Syed Sirajuddin berharap kerajaan negeri bergandingan dengan rakyat melipatgandakan penguatkuasaan dan pemantauan bagi mencegah peniaga mengambil kesempatan menggunakan alasan GST untuk menaikkan harga yang membebankan rakyat. 
Baginda turut mengingatkan rakyat agar mengekalkan kemakmuran dan perpaduan umpama 'tiang seri' yang memastikan keteguhan sesebuah negeri. 
"Kota Rom yang hebat tidak dibina dalam masa sehari... bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Realiti untuk menjadi negeri maju adalah melalui kerjasama dan usaha semua pihak. 
Justeru, limpahan hasil yang tinggi dari sumber terhad hendaklah diurus secara berhemat dan berhemah supaya rakyat mendapat faedah. Usaha ini menuntut sikap amanah yang tinggi dan budaya pentadbiran yang boleh dipercayai dan dihormati," titah baginda. – Bernama, 17 Mei, 2015.
Kita juga jangan sesekali terlupa dengan skandal projek billion ringgit wang rakyat ini : BACA SINI

No comments: