Seorang lelaki India yang mengaku dirinya ahli kongsi gelap 04, telah memuatnaik satu status menghasut didalam laman sosial Facebook. Status berkenaan kemudiannya menjadi perhatian ramai kerana didapati telah menghina Islam secara keterlaluan.
Selain Islam, pemilik akaun Facebook berkenaan yang menamakan dirinya sebagai Havoc Jaya, juga turut menghina orang melayu yang dianggapnya sebagai "celaka".
Perbuatan menghina agama serta perkauman semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Ramai dikalangan anak muda bukan Islam dilihat semakin ghairah untuk memuatnaik status-status melampau yang menyentuh sensitiviti agama Islam.
Walaupun perbuatan sebegitu dikecam oleh ramai rakyat Malaysia, masih ada juga segelintir individu yang bertindak menyokong perbuatan berkenaan diatas alasan kebebasan media.
Diharap pihak SKMM mengambil tindakan terhadap "Havoc Jaya" ini dan pihak Polis juga dapat menyiasat tentang pengakuan beliau yang terlibat dengan kegiatan kongsi gelap. - Utaranews.com
No comments:
Post a Comment