Kira-kira 30 penumpang Rapid KL nyaris maut apabila bas yang dinaiki mereka terbakar dalam satu kejadian di Jalan Ipoh, berhampiran Pasar Borong Selayang, di sini, malam tadi.
Kemalangan jiwa dapat dielakkan hasil tindakan pantas pemandu yang memberhentikan bas berkenaan di bahu jalan dan mengarahkan semua penumpang turun selepas menyedari sesuatu tidak kena dengan kenderaan itu pada kira-kira jam 9 malam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, 17 anggota dari Balai Bomba Hang Tuah, Jinjang dan Gombak bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 9.10 malam.
“Ketika bomba tiba, api sudah pun marak membakar 90 peratus bahagian bas. Bagaimanapun, api dapat dikawal dalam tempoh dua minit.
“Semua penumpang berjaya dikeluarkan dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan dilakukan pasukan forensik bagi mengenal pasti punca kejadian.
Dari blog smvonline - alhamdullillah, Semua penumpang terselamat, dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Patutlah semalam jalan tu jem masa admin nak beli barang kat nsk. Iyalah musim2 kepanikan mengenai gst ni, admin kena teman org rumah periksa barang, mana yang naik, mana yang melanggar peraturan. Sebagai pengguna kita mesti lah celik dan tidak terpengaruh dengan persepsi yang mudah melekat dalam otak kita, lebih-lebih lagi bab kesalahan orang walau belum sahih sesuatu berita itu.
Mungkin kepas ni, latihan dan kecekapan pemandu serta bas rapid perlu ditambah baik. Alhamdulillah malam tadi pemandu rapid bus tersebut cepat sedar ada sesuatu yg tidak kena mengenai bas yang dipandunya.
Itulah bagusnya SPAD jalan kan kerja, agar pemandu bus bukan dari pendatang asing, tidak berlesen dan sebagainya. Banyangkan kalau yang bawa bas tu tidak menerima latihan...
No comments:
Post a Comment