ASTAGHFIRULLAH, terkejut besar kami dibuatnya apabila melihat sebuah rakaman video memaparkan sekumpulan gadis berpesta arak yang kini menjadi viral di laman sosial.
Rakaman berdurasi 2:43 itu memaparkan sekumpulan gadis dilihat begitu seronok meneguk tin minuman keras dari pelbagai jenama dalam satu sambutan hari jadi.
Majoriti netizen mengecam tindakan kumpulan gadis itu yang disifatkan bodoh dan pendek akal.
Melalui pemerhatian kami, terdapat kelibat tujuh gadis berusia sekitar 20-an termasuk individu yang merakam video ini, bercakap dalam dialek Terengganu.
Gara-gara video ini, ia mengubah ‘persepsi’ sebilangan masyarakat terhadap imej perempuan pantai timur yang dikenali kebanyakannya beradab dan mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.
Bagaimanapun harus diingat, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. kami percaya masih ramai gadis sana yang terpelihara adab dan agamanya.
Terdapat banyak komen mendakwa kejadian ini merupakan kes lama dan dirakamkan sekitar tahun 2005, namun kami sendiri tidak dapat mengesahkannya.
Tak kisahlah kes lama atau baharu, sama-sama kita doakan semoga gadis-gadis dalam rakaman ini sudah bertaubat hendaknya.
Lihat video di http://mynewshub.cc/2015/04/20/video-rakaman-awek-terengganu-berpesta-arak-jadi-viral/
No comments:
Post a Comment