Wednesday 11 February 2015

REMAJA LEMAS DIHANYUTKAN OMBAK BESAR DI BACHOK

BACHOK : Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang dihanyut ombak ketika sedang mandi bersama seorang rakannya di Pantai Irama di sini, hari ini.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata sehingga pukul 7 petang, Mohd Amirul Ashraf Suzaini, 18, masih gagal ditemui selepas dilaporkan hilang pukul 5.30 petang.
"Sebelas anggota bomba dan pasukan skuba terlibat dalam operasi mencari remaja terbabit sebaik menerima panggilan pukul 5.58 petang," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
Kasyfi Syahmi berkata Mohd Amirul Ashraf dipercayai dihanyutkan ombak besar yang datang secara tiba-tiba, manakala rakannya itu terselamat. - BERNAMA
Gambar sekadar hiasan

No comments: