Thursday, 1 January 2015

PILOT AIRASIA INDONESIA POSITIF DADAH KERANA PENGAMBILAN UBAT BATUK

Presiden Direktur PT AirAsia Indonesia, Sunu Widiatmoko (kanan), yang didampingi CEO AirAsia, Tony Fernandes

Presiden AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko mengesahkan seorang juruterbangnya dikesan positif dadah jenis morfin.

Namun jelasnya, ia kerana pengambilan ubat batuk, lapor media tempatan, Tempo.

Sunu dalam sidang media di Jawa Timur berkata, juruterbang itu baru sahaja mendapat rawatan hospital kerana dijangkiti demam tifus dan masih mengambil ubat untuk memulihkan penyakitnya.

Sunu menambah, juruterbang, yang mendapatkan rawatan pada 26 hingga 29 Disember lalu, turut mengambil ubat batuk yang mempunyai kesan seakan-akan positif dadah.

"Ubat batuk seperti itu dapat memberikan hasil seolah-olah positif (dadah). Tapi, setelah diteliti lagi, (kesannya) boleh hilang," Sunu dipetik sebagai berkata.

Tempo juga melaporkan Sunu sebagai berkata, penilaian lanjut terhadap juruterbang itu harus dilakukan kerana juruterbang itu tidak mempunyai rekod kerja buruk.

"Untuk pemeriksaan lebih lanjut, kami akan bekerja sama dengan Badan Narkotika Nasional," Sunu dipetik sebagai berkata.

Pagi tadi, seorang juruterbang AirAsia dilaporpositif dadah setelah menerbangkan pesawat dari Jakarta ke Bali.

Beliau menerbangkan pesawat dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta ke Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali dengan pesawat AirAsia QZ7510.

Dengan penemuan tersebut, juruterbang itu kini tidak dibenarkan membawa pesawat.

No comments: