Monday, 26 January 2015

'CYBER CALIPHATE' DAN 'LIZARD SQUAD' GODAM LAMAN WEB RASMI MALAYSIA AIRLINES (MAS) SELAMA 22 JAM


Laman web rasmi Malaysia Airlines (MAS) dipercayai digodam pagi ini oleh kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Cyber Caliphate.
Mereka yang melayari laman web www.malaysiaairlines.com, akan tertera satu mesej iaitu “404- Plane Not Found”, iaitu terdapatnya masalah pada pelayaran web atau “Error 404″ yang dipercayai merujuk kepada kehilangan pesawat MAS MH370, tahun lalu.
Tidak diketahui sama ada pihak yang menamakan diri mereka “Cyber Caliphate” itu dikaitkan dengan rangkaian kumpulan militan Negara Islam (IS) yang mendakwa perjuangan mereka atas semangat khalifah.
Turut tertera alamat akaun Twitter Cyber Caliphate di @umgrobert and @umg_chris, selain nama laman web berkaitan iaitu Lizard Squad, UGNazi, NATHAN NYE and HENRY BLAIR STRATER.
Sementara itu, MAS menerusi akaun Twitter rasminya, @MAS menyatakan orang ramai berkemungkinan menghadapi kesulitan melayari laman web syarikat itu tanpa menyatakan laman web berkenaan digodam.
“Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Untuk menempah tiket:http://bit.ly/1zLIJ1v.
“Untuk daftar masuk secara atas talian, sila layari http://bit.ly/1twPdIB. Kami amat berterima kasih di atas kesabaran anda,” menurut syarikat penerbangan itu pagi ini.

Bagaimanapun, laman web rasmi Malaysia Airlines, MAS telah pulih seperti biasa setelah dua kali digodam, pagi tadi.
Pada awalnya, paparan laman web itu ditukar dengan mesej “pesawat tidak dijumpai”, digodam oleh “Cyber Caliphate”, dan imej pesawat Airbus A380.
Selepas dipulihkan, laman web MAS sekali lagi digodam, dengan tertera imej seekor cicak bertopi.
Di bawahnya tertulis digodam oleh “Lizard Squad”.
MAS bertindak pantas melaporkannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM dan Kementerian Pengangkutan.MAS turut memberi jaminan tempahan tiket dan maklumat penumpang masih selamat.
Proses pemulihan berlaku kurang daripada tempoh yang dianggarkan, iaitu 22 jam.

SUMBER

1 comment:

Anjing said...

Ini kerja Mossad...