Friday, 23 January 2015

BUDAK LELAKI 13 TAHUN LARI DARI RUMAH LEPAS GADUH DENGAN IBU DAN BUKANNYA HILANG INGATANN!!!


Seremban: Polis menafikan penyebaran berita di Facebook hari ini (semalam) yang mengatakan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dan berasal dari Selangor hilang ingatan sebelum ditemui di daerah ini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, penularan berita viral berkenaan sengaja diada-diadakan sehingga menyimpang kejadian kes sebenar.

Katanya, remaja berkenaan bukan berasal dari Selangor tetapi dari Senawang, di sini dan dia dikatakan bergaduh dengan ibu kandungnya semalam.

"Disebabkan itu remaja terbabit melarikan diri daripada rumah malam tadi sebelum ditemui orang ramai yang menyerahkannya kepada pihak polis," katanya.

Menurutnya, pihaknya menyerahkan remaja terbabit kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) petang tadi dan dia sudahpun diserahkan kepada keluarga kira-kira empat jam selepas dijumpai.


Sapa yang sebarkan budak tu hilang ingatan ??? Gambar di atas, screenshot dari wall newsfeed facebook ....

No comments: