Tuesday 21 January 2014

MEMORANDUM BANTAHAN - RAMAINYA PENGIKUT ANWAR DI KEDUTAAN JEPUN..... !!!!!

alt

KUALA LUMPUR 21 Jan - Protes dan Memorandum Bantahan kepada Kedutaan Jepun yang dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini dilihat tidak mendapat sambutan dari akar umbi sayap Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu apabila hanya dihadiri 20 ahli dan penyokong.


alt

Penyokong AMK juga bertindak agresif memijak dan membakar poster yang menggambarkan bendera Jepun akibat berang dengan tindakan Kerajaan Jepun menerusi pihak Imigresen menghalang Ketua Umum parti memasuki negara tersebut.

Penyerahan Memorandum tersebut diserahkan kepada wakil duta, Kaunselor Bahagian Politik Masahiro Takehawa dan Setiausaha Kedua Takaharu Snegami.
 
alt

Dalam kenyataannya, Anwar berkata beliau dihalang memasuki Jepun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 6.45 pagi Ahad dan diminta menaiki pesawat pertama yang berlepas pulang atau menghadapi tindakan pengusiran.
 
AMK menuntut kerajaan Jepun mengemukakan pengampunan secara terbuka sekiranya terdapat masalah prosedur apabila menghalang Anwar memasuki negara itu.

No comments: