Friday 19 December 2014

WARGA KL TUNTUT HAK STATUS TANAH RIZAB MELAYU

majlis perundingan melayu malaysia, MPM, Pas, dap, pkr, umno, Parti Keadilan Rakyat, Anwar Liwat, Anwar Ibrahim, Najib Razak, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Akta hasutan, mansuh akta hasutan, sokong akta hasutan

KUALA LUMPUR  19 Dis - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang bergabung di bawah Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (Pemikir) mahu kerajaan menukar status kesemua tanah milik kerajaan di ibu kota yang belum dibangunkan kepada status 'tanah rizab Melayu'.

Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr Hasan Mad berkata secara terang-terangan, pemilikan hartanah oleh Bumiputera semakin merosot malah wujudnya jurang perbezaan di antara pemilikan tanah bukan Bumiputera dan Bumiputera.

"Kita kena melihat dan memahami bahawa Kuala Lumpur adalah 'Federal Capital of Malaysia' (ibu negara persekutuan Malaysia), sebuah negara yang majmuk, oleh itu pembangunan Kuala Lumpur mesti menggambarkan komposisi masyarakat yang majmuk.

"Apa yang berlaku pada hari ini wujud jurang antara kaum, yang dikhuatiri kalau trend ini berterusan, Kuala Lumpur tidak melambangkan sebagai 'Federal Capital of Malaysia'".

Hasan menambah, beliau juga khuathir, sehingga kini pihaknya belum mendapat jawapan yang sahih tentang peratus ataupun berapa luas tanah yang dikategorikan sebagai rizab Melayu yang ada di Kuala Lumpur.

"Pada Oktober lepas (tahun ini), kami sudah merujuk kepada Datuk Bandar sendiri dan beliau sendiri tidak dapat memastikan statistik itu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Perlembagaan MPM yang juga merangkap Ahli Majlis Tertinggi Pemikir, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata perkara ini perlu dilaksanakan bagi menjaga hak setiap kaum.

"Banyak perkembangan dan pembangunan berlaku dalam bandar Kuala Lumpur dan didapati kita ada 'ketidakseimbangan' dari segi komposisi kaum yang tinggal di Kuala Lumpur, kalau perkara ini dibiarkan begitu, satu masa akan jadi bahaya kepada keamanan.

"Kita tak sentuh tanah yang telah dibangunkan, kami bukan nak merampas harta tetapi apa yang kami nak adalah tanah kerajaan yang belum disentuh lagi ditukar status kepada tanah rizab Melayu, itu saja," katanya.

No comments: