Monday, 8 December 2014

PASPORT BLOGGER SEKS ALVIN TAN DAN AKTIVIS ALI ABDUL JALIL DI TARIK BALIK SERTA-MERTA !!!



Passport milik blogger Alvin Tan dan aktivis Ali Abdul Jalil ditarik balik serta-merta oleh Jab. Imigresen, sekaligus menjadikan status kedua-dua individu yg kini berada di luar negara sbg pendatang asing tanpa izin.


Pasport penulis blog, Alvin Tan akan dibatalkan secepat mungkin dan kini individu tersebut sudah disenarai hitam di dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata langkah itu perlu dibuat sebagai amaran kepada individu yang melanggar undang-undang negara serta mengeluarkan kenyataan kontroversi.

“Pihak imigresen menyokong penuh kenyataan yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (semalam) berhubung pembatalan pasport milik Alvin yang kini berada di Amerika Syarikat,” kata Mustafa.

Pembatalan pasport Alvin ini adalah susulan kenyataan kontroversi yang dibuatnya dengan menghina agama Islam dan menghina Sultan Selangor.

Sementara itu, pasport milik aktivis Ali Abdul Jalil turut ditarik balik disebabkan kenyataannya yang menghina Sultan Selangor serta kerabat diraja Johor.

Ali kini berada di Sweden selepas mendakwa dia diugut dan tidak selamat jika terus berada di Malaysia.

Semasa ditanya pemberita mengenai status kerakyataan Alvin dan Ali, Mustafa memberitahu mereka masih warganegara Malaysia, hanya dokumen perjalanan mereka sahaja yang dibatalkan.

“Jika mereka mahu kembali ke Malaysia, mereka perlu memohon perakuan kecemasan di negara masing-masing untuk kembali. Untuk memohon semula pasport, mereka boleh membuat rayuan dan ia akan dipertimbangkan oleh pihak Imigresen,” kata Mustafa.

Tambah Mustafa, jika Alvin dan Ali terus berada di negara luar selepas pasport mereka dibatalkan, mereka akan dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin di negara-negara itu dan mereka boleh ditahan pihak berkuasa negara tersebut dan seterusnya dihantar semula ke Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya pada Isnin, susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri semalam. - AstroAwani

No comments: