Monday, 8 December 2014

ADUN SUNGAI BURONG LETAK JAWATAN SERTA MERTA KETUA PEMBANGKANG SELANGOR


SHAH ALAM 8 Dis - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi prinsip integriti diamalkan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Pengganti bagi kekosongan jawatan itu akan diputuskan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar kemudian.


UPDAT E :

Pengumuman Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta merupakan satu kejutan terbaru kepada UMNO Selangor selepas berlaku pertikaian lidah antara pemimpin UMNO negeri dan Pusat bulan lalu.
Shamsuddin menyatakan beliau mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi prinsip integriti diamalkan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Shamsudin memang tersepit dengan percaturan kerajaan negeri memberi kereta dan melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan negeri (PAC). Beliau dari awal menolak pelantikan tersebut kerana menganggap ia hanyalah agenda politik untuk menggunakan nama beliau.
“Saya tiada pilihan. Sama ada saya mempertahankan prinsip saya atau menerima sahaja tawaran di mana kuasa hanya pada nama. Saya tidak boleh bekerja dengan tangan yang terikat. Mereka menawarkan jawatan pengerusi PAC tetapi majoriti ahli PAC adalah dari kerajaan negeri.”
“Daripada tujuh anggota PAC hanya dua dari BN dan 5 dari Pakatan Rakyat. Apakah tujuan pelantikan saya sebagai pengerusi jika mereka menguasai bilangan anggota?”
Shamsuddin melihat keputusan pelantikan ini merupakan agenda untuk menunjukkan ketelusan kerajaan negeri sedangkan fakta sebenar beliau hanyalah pengerusi tanpa sokongan majoriti dalam jawatankuasa tersebut.
Lima anggota jawatankuasa dari Pakatan ialah ADUN Sekinchan Ng Suee Lim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kajang), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Ng Tien Chee (Balakong), dan Dr Abdul Rani Osman (Meru).
Manakala seorang ladi ADUN BN ialah Datuk Amiruddin Setro (Jeram).
Pada minggu lalu Speaker Selangor, Speaker Hannah Yeoh menggesa Shamsudin meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang jika enggan menerima jawatan pengerusi PAC berikutan tindakan DUN Selangor meluluskan pindaan yang menyatakan Ketua Pembangkang secara otomatik menjadi Pengerusi PAC negeri.
Shamusdin turut mengmbalikan kereta Toyota Camry yang diberikan sebagai kenderaan rasmi beliau bulan lalu kerana menganggap kerajaan negeri tidak ikhlas.
Beliau berkata, kereta tersebut diluluskan semasa pentadbiran Khalid Ibrahim tetapi digunakan sebagai modal politik berlebihan oleh Azmin Ali.

Post a Comment