Sunday 14 December 2014

NUR JAZLAN TAK PERNAH TERFIKIR MAHU KELUAR DARI UMNO


JOHOR BAHRU : Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). 


Ketua UMNO Bahagian Pulai itu berkata, beliau terkejut selepas mendengar khabar angin berkenaan dan menegaskan tidak pernah terfikir untuk keluar dari UMNO.

Katanya, beliau tidak pasti sama ada khabar angin berkenaan disebarkan oleh blog pro pembangkang ataupun pro kerajaan selain mengingatkan pihak berkaitan untuk mengeluarkan kenyataan yang tepat dan memiliki fakta yang betul.

Beliau berkata demikian ketika melawat kawasan sekitar Kempas, di sini.

-BHOnline-

No comments: