Sunday 14 December 2014

BLOGGER OMAKKAU 'LARI DARI MEDAN PERANG' ???


Blogger ‘Omar Kau’ atau nama sebenarnya Hanisya Abdul Hamid kini didakwa semakin tidak bersemangat lagi untuk membela Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.
Ia bermula selepas tragedi ‘Kajang Move’ yang membawa kepada penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, dakwa facebooker ‘Pemikir Politik.’



“Kini beliau (Omak Kau) sudah slow selepas isu ‘Kajang Move’ yang menumbangkan pemimpin idolanya Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Baharulah beliau kenal tembelang sebenar Anwar macam mana..,”katanya.
Iktibar dari ‘Kajang Move’ kata ‘Pemikir Politik’ jika orang yang rapat dengan Anwar seperti Khalid boleh disingkirkan dengan begitu sahaja, apatah lagi penyokong-penyokong biasa yang lain.
“Sedar diri siapa anda sedangkan mereka yang lebih dekat dan lebih kenal Anwar itu siapa semakin menjauhkan diri apabila kenal wajah sebenar Wak Ketum.
“Tan Sri Khalid memiliki macam-macam ilmu pentadbiran, perniagaan dan ekonomi disingkir untuk mengangakt bini sendiri, inikan anda yang hanya memiliki ilmu sebagai pencacai abdi Ketum..,”katanya lagi

No comments: