Saturday 1 November 2014

SERANGAN JANTUNG : MAMAT KHALID DIKEJARKAN KE ICU

Mamat Khalid

KUALA LUMPUR 1 Nov - Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid kini terlantar di hospital apabila dia dilaporkan mengalami gangguan jantung.

Mamat Khalid dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan doktor telah menasihatinya untuk berehat hingga keadaannya stabil.

 Perkara itu disahkan menerusi laporan Media Hiburan Online yang telah menghubungi rakan rapat, Azwan Annuar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan pengarah filem 'Zombi Kilang Biskut' ini.
 
"Isteri Mamat Khalid memaklumkan kepada saya bahawa suaminya mengadu mengalami tidak sedap badan sejak semalam.

"Namun, pagi tadi dadanya mula sakit dan dia segera digegaskan ke hospital.

Sejurus tiba, dia telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut," ujar Azwan yang juga seorang pelakon. - rakyatnews

No comments: