Wednesday, 19 November 2014

PESERTA UJIBAKAT MENTOR LEGEND BALUN MAS IDAYU !!!




Video sesi ujibakat program Mentor Legend yang dikendalikan oleh Mas Idayu tersebar sejak 17 November lalu dek scene peserta ujibakat yang begitu lantang menentang beliau.

Edry Sofian, yang datang ingin mencuba nasib menemui kegagalan apabila dia dikatakan tidak memenuhi kriteria yang diinginkan oleh Mas Idayu.

Tidak puas hati dengan keputusan itu, Edry mula mempertikaikan keputusan Mas Idayu sehingga begitu berani menganggap penyanyi lagenda dangdut itu tidak sebagus mana di persada industri muzik negara.

Mas Idayu cuba menjelaskan mengapa beliau terpaksa menolak Edry Sofian, 22, tetapi alasan yang diberikan tetap dipertikaikan oleh Edry seolah-olah mempertikaikan kelayakan Mas Idayu menjadi Mentor di program berkenaan.






Segelintir netizen cuba mempertahankan Edry dengan menggatakan Mas Idayu terlalu over react dan perasan legend. Bagaimanapun, lebih ramai netizen yang menyokong tindakan Mas Idayu kerana tindakan Edry Sofian dilihat terlalu biadab dan mentah dalam mempersoalkan karier Mas Idayu. - My Media Hub

Haha... Suara pencuba nasib tu ke laut ke.. macam itik ke.... itu normal laa... tapi yang dh LEGEND tu emosi sangat pasai apa?... Betul... teman setuju..berpengalaman puluh tahun goyang bontot pun tapi kalau MORAL ke laut... happah tak hey...!!!


TEMAN suke cara Dayang Norfaizah... lemah lembut...sopan santun... walau pun tahu suara peserta mcm katak panggil ujan...!!!

Post a Comment