Lain yang dicari, lain yang ditemui.
Dalam operasi pendatang asing malam tadi di Puchong, Selangor; penguatkuasa Imigresen menemui rumah yang dijadikan tempat membuat cendol dan rojak yang menjijikan.
Rumah ini dihuni warga Bangladesh.
Selepas diperiksa, anggota imigresen mendapati terdapat peralatan dan bahan-bahan membuat cendol dan rojak.
Sesetengah barang diletakkan di dalam bilik air.
Baunya busuk dengan longgokkan sampah turut kelihatan di dapur.
Pemilik tempat ini adalah warganegara Malaysia, satu saman saksi dikeluarkan dan di perintahkan hadir ke pejabat imigresen untuk di ambil keterangan.
Serbuan dilakukan Jabatan Imigresen Selangor diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Selangor Ramli Othman.
Dalam operasi ini 24 warga asing ditahan.
Mereka yang gagal menunjukkan permit perjalanan yang sah dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen KLIA.
No comments:
Post a Comment