Tuesday, 11 November 2014

MAYAT BOGEL DIPUKAT BERSAMA IKAN....


Salam.... maklum kes jumpa mayat di perairan Tok Bali berkait Cherang Ruku repot 1538/14.


1) Pengadu:

Mohd Nazi Bin Che Ismail, RF132881, Alamat Perumahan Polis Jalan Keluang Kg Gelam Mas. Besut Terengganu.


2) Fakta Kes:

Pada 10/11/2014 jam lebih kurang 1345 hrs, semasa pengadu bersama L/Kpl 171297 Mohd Ridzuan Bin Ishak sedang bertugas di Bilik Gerakan Ibupejabat Polis Daerah Besut Terengganu, telah terima maklumat daripada Ketua Polis Balai Kg.Raja iaitu ASP Abdullah Che Soh memaklumkan terdapat mayat seorang lelaki dipercayai warganegara asing dijumpai oleh nelayan di lokasi 16.5 batu nautika daripada Tok Bali, Cherang Ruku, Pasir Puteh Kelantan. Pengadu buat repot sebagai maklumat pertama.


3) Butiran Simati:

Nama : Tidak dikenalpasti.
Jantina : Lelaki
Warga negara : Dipercayai warga negara asing.
Umur : Tidak dikenalpasti.


4) Hasil Siasatan awal :

-  Satu mayat tidak dikenalpasti telah ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri di kawasan 16.5 batu nautika perairan Tok Bali, Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.
-  Keadaan mayat tidak sempurna, bentuk badan seperti lelaki, kepala telah kelihatan tulang tengkorak manakala kebanyakan kulit pada tubuh badan telah tanggal dipercayai telah dimakan ikan.
-  Mayat dijumpai oleh team SAR IPD Besut (Besut 36) semasa operasi mencari nelayan 1LM yg didapati tlh hilang berkait Kuala Besut Rpt 2174/14 di kawasan perairan Tok Bali namun tlh menjumpai mayat lain.


5) Tindakan :

- Mayat telah telah dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tengku Anis untuk post mortem.
- Pol. 61 telah dikeluarkan.

Sekian untuk makluman

Post a Comment