Saturday 22 November 2014

LOMBONG ARANG BATU SERI AMAN MELETOP, 3 MAUT 17 CEDERA


Sekurang-kurangnya tiga pelombong mati sementara 17 yang lain cedera dalam satu kejadian letupan di sebuah lombong arang batu berdekatan dengan Selantik, Pantu Sri Aman sebentar tadi.



Menurut sumber Sarawakiana, kejadian berlaku lebih kurang jam 9 pagi ketika mangsa-mangsa sedang bekerja dalam lombong tersebut.

Setelah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian lebih kurang jam 11.30 pagi, satu pasukan dari Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Aman yang diketuai oleh Pegawai Bomba Jilin Itar dikejarkan ke tempat kejadian.

Sehingga berita ini ditulis, pasukan bomba tersebut dikatakan masih dalam perjalanan ke lokasi kejadian kerana ianya terletak kira-kira 65 km dari Balai Bomba Sri Aman.

Difahamkan tiga dari mangsa yang tercedera sudah dalam perjalanan menuju ke Hospital Serian untuk mendapat rawatan.

Beberapa orang masih juga masih terperangkap didalam lombong tersebut.

Identiti semua mangsa masih belum di kenal pasti.

Sarawakiana akan mengemaskini posting ini sekiranya ada perkembangan terkini nanti.

(Kemaskini) Tiga mangsa yang terbunuh sudah dikenalpasti adalah warga negara Korea (1), Myanmar (1) dan Indonesia (1) semenetara semua mangsa lain telah berjaya keluar dari lonong berkenaan. - Sarawakiana

No comments: