Sunday, 23 November 2014

AKIBAT DENDAM PEMANDU LORI MAUT 4 RAKAN PARAH DITETAK PEDANG SAMURAI 30 SAMSENG


TEMERLOH : Akibat dendam, seorang pemandu lori dibunuh dengan kejam manakala empat rakannya parah selepas diserang sekumpulan 30 samseng bersenjatakan parang dan pedang samurai, di Taman Bukit Bendera, Mentakab, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, F Arasu, 44, dari Taman Bukit Bendera, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat rakannya menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat rakannya minum di sebuah kedai makan.

"Selepas berada di kedai itu selama 30 minit, mangsa yang juga bapa kepada empat anak dan rakannya didatangi lebih 30 lelaki berusia antara 20 hingga 40-an. Mereka dilaporkan bertengkar.

"Bagaimanapun, pertengkaran berakhir dengan pergaduhan apabila mangsa dan empat rakannya diserang menggunakan senjata tajam menyebabkan mereka parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

No comments: