Saturday, 15 November 2014

BINATANG !!! 20 MAT REMPIT ROMPAK, BUNUH DAN CAMPAK MAYAT MANGSA KE DALAM LOMBONG DI SETAPAK !!!


Seorang bekas pekerja syarikat produksi maut dipercayai ditikam sebelum ditolak ke dalam lombong di Taman Ibu Kota, Setapak, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, mangsa Khairul Fadzmi Shahrulnizam, 19, bersama lima lagi rakannya dikatakan sedang duduk di pondok berhampiran lombong di lokasi kejadian sebelum didatangi 20 lelaki bermotosikal yang dikatakan cuba menyamun mangsa dan lima lagi rakannya yang lain.

Menurut rakan mangsa yang mahu dikenali sebagai Abu berkata, kira-kira 20 lelaki yang memakai topi keledar itu bertindak menyerang mereka berenam menggunakan senjata jenis kayu, rantai besi, batang besi dan helmet sebelum mengarahkan kesemua mangsa menyerahkan barang berharga.

“Dia (Khairul) enggan menyerakan telefon bimbit miliknya dan cuba melawan. Saya sempat lihat diaditikam di bahagian perut sebelum ditolak ke dalam lombong,” katanya.

Sementara itu, menurut jurucakap polis daerah Wangsa Maju berkata mayat mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 2 pagi selepas usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan bersama pasukan bomba pada jam 12.30 tengah malam.

Sumber : HMetro

Post a Comment