Thursday 23 October 2014

USTAZ IQBAL DAN MAIS DIPERDAYA... ???


KELMARIN... Ustaz Iqbal telah memberi penjelasan tentang program Touch a Dog tu di mana beliau dijemput untuk menyampaikan ilmu di sana. Ya, beliau mangsa keadaan, dan sendiri tak setuju dengan perbuatan bodoh melayu Islam yang peluk belai cium anjing di sana. Baca penjelasan Ustaz DI SINI...



Berikutan dakwaan penganjur program belai anjing kononnya mereka dapat kebenaran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),badan tertinggi agama Islam di Selangor itu juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai cerita sebenar 'dapat kebenaran' itu.

Pengarah Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, pihak penganjur tidak menyatakan aktiviti membuka peluang kepada umat Islam memegang anjing ‎dalam surat permohonan bagi mengadakan program ‘I Want To Touch A Dog’. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Oktober, 2014.
Menurut Pengerusi MAIS Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa aktiviti tersebut tidak seperti yang digambarkan oleh penganjur dalam surat permohonan kepada mereka.....