Friday 17 October 2014

KOREA UTARA LARANG WANITA BERSELUAR KETAT SENDAT ???


Pyongyang : Korea Utara melarang kaum wanita daripada memakai jean skinny atau seluar lain yang dianggap bergaya selain memperketatkan lagi kod pakaian negara itu.

Menurut Radio Free Asia (RFA), beberapa penduduk Korea Utara yang melawat China memberitahu “wanita dilarang memakai seluar di khalayak ramai sejak September lalu.”


Korea Utara melarang wanita memakai seluar di khalayak ramai pada 1970 sehingga lima tahun lalu apabila wanita dibenarkan memakai seluar berpotongan kemas pada Ogos 2009.

Menurut sumber, populariti budaya pop Korea Selatan turut mempengaruhi wanita di Korea Utara memakai seluar jenis skinny dan Capri.

Namun ia pihak berkuasa memandangnya sebagai “budaya lucah Korea Selatan” dan memutuskan mengharamkan penggunaannya.

Sehubungan itu, polis ditempatkan di seluruh Pyongyang untuk menahan wanita berseluar terutama pelajar universiti, kata seorang penduduk Pyongyang kepada RFA.

Menurutnya, wanita bekerja perlu memakai skirt untuk ke pejabat dan hanya dibenarkan bertukar kepada seluar sebaik tiba di situ. Warga asing atau rakyat China bagaimanapun terkecuali daripada kod pakaian itu.

Seorang lagi penduduk Korea Utara memberitahu RFA bahawa polis “menyasarkan wanita yang berpakaian atau mendandan rambut dengan cara yang melanggar peraturan.” 

- Agensi

Di Malaysia... anda boleh temui wanita yang bukan sahaja berseluar sendat malah berbaju ketat tetapi bertudung litup di merata-rata tempat !!!