KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, petang ini telah menang dalam tuntutan saman fitnah terhadap Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan 2 yang lain berhubung dua artikel didalam akhbar Suara Keadilan yang memfitnah Felda.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Kamaludin Md. Said turut memerintahkan gantirugi yang perlu dibayar oleh PKR kepada Felda akan ditafsirkan kemudian oleh Mahkamah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar.
Melalui saman ini, Felda telah menuntut RM200 juta sebagai gantirugi terhadap fitnah tersebut.
Pernyataan fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk ‘Felda Bankrap’ yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar itu.