Wednesday, 1 October 2014

IBUKOTA KUALA LUMPUR DILANDA BANJIR

Kenderaan ditenggelami banjir kilat di Jalan Kia Peng. Gambar ihsan pembaca mStar Online

PETALING JAYA : Ibu negara dilandar banjir kilat lagi berikutan hujan lebat beberapa jam lalu hingga mengakibatkan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan di beberapa jalan raya utama di sekitar Kuala Lumpur.


Malahan, ada kenderaan yang ditenggelami air di kawasan letak kereta pejabat dan bangunan komersil.

Kebanyakan kenderaan membabitkan warga kota yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, sama ada sektor swasta atau awam.

Antara kawasan yang terbabit adalah Jalan Kia Peng, Kampung Baru, Jalan Ampang, Bukit Bintang dan Jalan Tun Ismail yang semuanya di ibu kota.

Pihak berkuasa juga bergegas ke kawasan terbabit untuk mengawal laluan trafik bagi mengurangkan beban pengguna jalan raya di waktu puncak.

Kejadian sama turut berlaku di sekitar Kajang, manakala sebelum ini faktor cuaca dan juga masalah perparitan juga mengakibatkan kawasan Shah Alam dinaiki air selepas hujan.-Mstar.