Tuesday 28 October 2014

MALAM REMPUH PAGAR UM, PAGI REMPUH PAGAR PENGHADANG MAHKAMAH PULAK.... U OLLS MEMANG HARAM JADAH !!!


TAK sampai 24 jam... perlakuan keganasan puak-puak haramjadah penyokong tegar tadak otak Anwar Ibrahim diulang lagi pagi ini.  Jika malam tadi sekitar jam 9.20 malam, mereka merempuh pintu pagar di Pintu Gerbang utama masuk UM semata-mata untuk membenarkan Ketua Umum PKR itu berceramah. Kejadian hampir sama berlaku di Istana Kehakiman, Putrajaya....


PUTRAJAYA : Lebih 200 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkumpul di depan Istana Kehakiman cuba merempuh pagar penghadang ketika Ketua Pembangkang berkenaan tiba di Istana Kehakiman bagi mengikuti rayuan kes liwat terhadapnya, kira-kira jam 8.50 pagi tadi.
Penyokong cuba merempuh pagar penghadang yang dibuat oleh pasukan keselamatan dan Perbadanan Putrajaya dengan menolak petugas media kerana menghalang pandangan mereka ketika Anwar turun berjumpa kumpulan berkenaan kira-kira lima minit sebelum memasuki Kompleks Istana Kehakiman.
Bagaimanapun, situasi berkenaan berjaya dihalang dan dileraikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal pekarangan Istana Kehakiman.
Anwar yang hadir lengkap berpakaian sut hitam ditemani isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali. - berita harian

No comments: