Wednesday 15 October 2014

CHEF WAN MENGAMUK LAGI.... 'GO TO HELL' !!!???


KALI terakhir kita dengar tentang Chef Wan ialah mengenai kisah dia memuat naik gambar di instagram tentang penemuan pintu kapal terbang MAS. Chef Wan mendapat kritikan teruk dari para peminat kerana dikatakan perkara sebegini tidak boleh dijadikan gurauan kerana ia adalah isu yang sangat sensitif.


Baru-baru ini, Chef Wan dikatakan mengamuk pula di akaun instagramnya. Sampai mengeluarkan perkataan “go to hell". Apabila dibaca sebenarnya Chef Wan marahkan haters-haters yang banyak memberi komen negatif terhadap dirinya.



Menurut Chef Wan, dia hanya memuat naik gambar sebuah kedai di Chiang Mai untuk dijadikan ‘guide’ kepada siapa yang mungkin ingin melancong ke sana dan membeli belah di tempat tersebut. Tetapi, ada pula komen-komen negatif mengatakan beliau sengaja ingin menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliki.

Patutlah Chef Wan naik angin. Apa yang ingin Chef Wan sampaikan telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Pedih jugak lah ayat yang disampaikan oleh Chef Wan kepada haters-hatersnya ni.

Apapun, menjadi seorang artis ini tidak semua orang akan menyokong tindakan mereka, pasti ada saja mulut busuk orang untuk mengutuk. Ada yang suka dan ada yang membenci. Selagi kita merasakan benda itu tidak salah dan tidak melanggar undang-undang teruskan buat apa yang kita suka.Tak gitu?-Fira Aali/UtaraNews.com