Saturday, 18 October 2014

AWAS ! SMS BR1M PALSU !!!


PUCHONG – Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) diminta tidak terpedaya dengan individu yang menghubungi mereka bagi menawarkan langganan insurans BR1M (I-BR1M).

Individu terbabit dikesan menghubungi penerima BR1M melalui emel dan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan memaklumkan, individu terbabit turut menyamar sebagai pegawai agensi terbabit.

Selain itu, ia juga menawarkan penerima BR1M untuk membuat semakan status kelulusan bantuan tersebut.

Menurut LHDN, pihaknya tidak pernah mengeluarkan apa-apa emel atau pesanan ringkas kepada pemohon atau penerima BR1M.

Susulan itu, LHDN menasihatkan semua penerima emel dan SMS palsu itu supaya tidak terpedaya dan menghapuskannya.

Penipuan berkenaan terbongkar selepas LHDN menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716.