Tuesday, 7 October 2014

AHMAD MASLAN KAKI BODEK ???


Rakyat Malaysia yang berang dengan kenaikan petrol yang diumumkan baru-baru ini telah melabelkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebagai kaki bodek kerana mempertahankan keputusan kerajaan berhubung hal itu.


Mereka dikatakan merasa jengkel dengan kenyaaan Timbalan Menteri Kewangan itu yang mendakwa Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu-satunya PM yang menurunkan harga minyak ketika harga pasaran jatuh pada 2009 lalu.


Dakwaan Ahmad telah dimuat naik di laman Twitter pada 3 Oktober lalu dengan disertakan dengan paparan grafik bagi menerangkan secara terperinci jumlah harga petrol yang telah naik pada tahun 1990 hingga 2013.

Berikut adalah petikan 'tweet' Ahmad: "Najib merupakan satu-satunya perdana menteri yang menurunkan harga minyak. Apabila berkaitan dengan penurunan adakah sesiapa tampil berterima kasih kerana beliau berbuat demikian? Ada tak? Atau mereka buat-buat tak ingat?".

Paparan grafik itu menunjukkan kenaikan harga yang stabil iaitu daripada RM1.10 seliter pada tahun 2000 keoada RM2.70 pada Jun 2008. Namun, selepas lima bulan Najib menjadi PM, iaitu pada September 2009, harga minyak telah turun secara mendadak kepada RM1.80 seliter. 

Setakat ini, Ahmad merupakan di antara anggota kabinet yang berani menulis mengenai pemotongan subsidi‎ di laman sosial Twitter.

Kebanyakan menteri dan ahli politik yang aktif di laman sosial itu tidak berani mengulas mengenai isu tersebut.

Namun, apa yang menyedihkan adalah apabila sesetengah pengamal media sosial mengkritik dan mendakwa Ahmad cuba mengelirukan rakyat melalui grafik yang dipaparkan. – Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/Utaranews.com