
Beberapa hari lepas, dilaporkan keadaan Ustaz Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang dilaporkan koma selepas diserang hendap oleh tentera Bashar al-Assad di Syria, semakin pulih.
Perkara itu dimaklumkan oleh abang sulungnya, Mohd Zainon Ariffin, 53, ketika dihubungi media.
“Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan di laman Facebook bahawa Ustaz Lotfi sudah stabil. Saya tidak pasti bagaimana situasi stabil yang dimaksudkan.
Bagaimanapun semalam telah tersebar di laman-laman sosial tentang kematian bekas pemimpin PAS itu selepas kira-kira seminggu terlantar di hospital.
Bagaimanapun sehingga kini tiada pengumuman rasmi dibuat oleh pihak kerajaan berkenaan status kematian rakyat Malaysia di bumi Syria itu.(lanjut menyusul) - UtaraNews

No comments:
Post a Comment