Saturday 20 September 2014

TATU AYAT AL-QURAN DI DAHI DAN TANGAN


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyiasat individu yang mengukir tatu menggunakan ayat suci al-Quran pada dahi dan tangannya sehingga ia menjadi viral di laman sosial Facebook, baru-baru ini.


Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk mengesan individu berkenaan.

Beliau berkata, langkah itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada orang ramai yang berang dengan tindakan lelaki berkenaan.

“Perbuatan itu tidak kena pada tempatnya kerana jika mahu menyanjungi al-Quran, sewajarnya kandungan kitab suci berkenaan terpahat dalam hati seperti menghafal dan bukannya dilukis pada anggota badan.

“Setakat ini, JAKIM belum dapat mengenal pasti identiti individu itu kerana maklumat mengenainya hanya terdapat di Facebook (FB),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Salam Mesra SalamFM 2014/1435h, di sini, semalam.

Sumber : Metro

No comments: