Berita Bocor Soalan UPSR 2014. Sah! Kertas Peperiksaan Sains, Bahasa
Inggeris “Dirogol” Sindiket. Kertas Matematik Diambang : Sepatutnya
peperiksaan UPSR 2014 berakhir pada minggu ini bagi calon peperiksaan
UPSR 2014 darjah 6, tetapi malangnya tidak berbau apabila soalan UPSR
2014 bocor sehingga memaksa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) membuat keputusan peperiksaan UPSR 2014 bagi subjek Sains
ditangguhkan sementara waktu….
Peperiksaan UPSR 2014 akan bersambung
semula pada hujung bulan ini iaitu bermula 30 September 2014 selepas
kertas soalan UPSR bocor di media sosial termasuk Whatapps, Facebook dan
juga Twitter. Sudah jatuh ditimpa tangga, tidak cukup dengan bocor
kertas soalan Sains UPSR 2014, kali ini kertas soalan Bahasa Inggeris
UPSR 2014 turut tidak terlepas menjadi “mangsa” sindiket menjual soalan
UPSR 2014.
Berikut adalah sebahagian daripada soalan beserta jawapan kertas Bahasa Inggeris Kertas
1 yang didakwa akan keluar dalam peperiksaan sebenar hari ini.
Berita Soalan UPSR 2014 Bocor : Koleksi Kertas Soalan?
- Kertas soalan Sains UPSR 2014 018, 028, 038 (disambung tarikh peperiksaan pada 30 September)
- Kertas soalan Bahasa Inggeris UPSR 2014 1 dan 2 (belum ada keputusan tarikh lagi)
- Berita Kertas soalan Matematik bocor masih dalam siasatan Kemnterian Pendidikan malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan malaysia (LPM)
Yang mengejutkan bukan sekadar bocor soalan UPSR 2014 malah skema jawapan turut tersebar luas di Internet.
Kertas Matematik 1 bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga
dipercayai telah bocor dan tersebar kepada umum sebelum lebih 400,000
calon peperiksaan awam itu menjawab kertas berkenaan pagi Rabu.
Seorang guru yang menghubungi Astro AWANI mendakwa menerima foto
soalan-soalan dalam kertas berkenaan bersama jawapannya melalui WhatsApp
pada pukul 7.40 pagi. Ujian Matematik Kertas 1 bermula pada pukul 8.15
pagi.
Astro AWANI menunjukkan foto soalan-soalan Matematik Kertas 1 itu kepada
calon yang menduduki peperiksaan tersebut. Mereka mengesahkan
soalan-soalan tersebut sama dengan yang kertas soalan yang mereka
terima.
Lembaga Peperiksaan ketika diminta mengulas enggan memberi sebarang kenyataan.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata perbuatan itu adalah jenayah serius yang mencemarkan imej Kementerian Pendidikan dan profesion guru, malah menyusahkan 472,853 calon yang terpaksa menduduki peperiksaan itu pada 30 September ini.
No comments:
Post a Comment