Monday, 22 September 2014

AZMIN DIJANGKA ANGKAT SUMPAH MB SELANGOR ESOK, KHALID IBRAHIM ADAKAN SIDANG MEDIA PETANG INI

Siapa tak kenal... Inilah wajah bakal MB Selangor menggantikan Khalid Ibrahim... Azmin Ali.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka mengangkat sumpah esok sebagai menteri besar Selangor yang baru esok, beberapa sumber memberitahu Malaysiakini.
Azmin Ali dikatakan sedang mengikuti raptai untuk majlis mengangkat sumpah MB Selangor di Istana Alam Shah, Esok
Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10 pagi esok.

Sidang media dijangka diadakan oleh Azmin sebagai MB baru sejurus selepas majlis angkat sumpah.

Beliau juga dijangka akan menemui beberapa pemimpin parti dan pemimpin tempatan esok.

Sumber-sumber dari pejabat menteri besar menyatakan maklumat itu telah mereka diterima, namun masih menunggu hebahan rasmi.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menjalani hari terakhir beliau hari ini (Isnin)," kata sumber kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijadual mengadakan sidang akhbar berkaitan krisis jawatan Menteri Besar Selangor pukul 4 petang ini.

Sementara itu, pihak istana pula dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemilihan Azmin hari ini.

Satu lagi sumber PKR memberitahu Azmin hari ini mengadakan perbincangan dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan taklimat dan mendapatkan "restu" akhir dari beliau dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sejak Khamis lalu, PKR setiap hari mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu masih meletakkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal jawatan itu.

Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyatakan laporan bahawa Anwar bersetuju memberi laluan kepada Azmin sebagai "tidak tepat".

Beliau menjawab spekulasi media bahawa istana memilih Azmin sebagai menteri besar - sekaligus menyelesaikan penantian lebih dua bulan mengenai pengganti Khalid.

Malaysiakini difahamkan bahawa Azmin sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Anwar secara peribadi untuk membincangkan hal itu dan mengelak salah faham antara mereka.

Bagaimanapun butir perbincangan peribadi masih lagi tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini.

Difahamkan Anwar beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk menerima calon kedua PKR sekiranya istana mengambil keputusan menolak Dr Wan Azizah.

Naib presiden PKR Tian Chua malam tadi menegaskan calon kedua harus mendapat restu dan sokongan parti.

Chua mengulas demikian sewaktu menafikan laporan The Star yang memetik beliau sebagai berkata 'Azmin tiada sokongan PKR'.

Post a Comment