Friday, 1 August 2014

WTF !!! SHAHUL HAMID DIKATAKAN MENGHINA HINDU CEPAT DIAMBIL TINDAKAN, NON-MUSLIM HINA ISLAM, AL-QURAN, MELAYU... KENAPA MASIH BEBAS LEPAS ???!!!


Dalam satu sidang media di Masjid Bandar Perda, Bukit Mertajam hari ini (semalam), Shahul Hamid telah memohon maaf secara terbuka, terutama kepada masyarakat India selepas rakaman video kenyataannya yang dianggap menghina penganut agama Hindu, tersebar luas di Internet.
Shahul menyatakan kekesalannya kerana membuat kenyataan dengan memberitahu jemaah di sebuah masjid di Shah Alam pada Februari lalu yang kilang kari Allagappa's dan Babas adalah milik orang Hindu, selain menggalakkan jemaah berusul periksa dalam mengambil makanan bagi memastikan halal dan mengelak daripada haram serta syubhat, seorang pendakwah bebas, Shahul Hamid telah diadukan oleh seorang pegawai polis berbangsa India dan beragama Hindu. Selain itu, turut terdapat banyak laporan polis telah dibuat oleh masyarakat Hindu yang tidak berpuas hati dengan penceramah tersebut yang dikatakan telah menghina agama Hindu, dengan ikhlas telah memohon maaf kepada semua yang terlibat. Menurutnya lagi, dia tidak bermaksud untuk melakukannya ataupun berniat untuk mencetuskan sentimen perkauman.  

BACA SETERUSNYA.... DI SINI

SETUJU..... Kalau orang Melayu/Islam yang mengeluarkan kenyataan provokatif walaupun dalam ruang tertutup, mereka akan dikenakan tindakan sama ada berpindah tugas atau dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan. Anehnya, walaupun bukan Melayu itu terkenal seperti S.Gobi Krishnan mengeluarkan kata-kata provokatif yang menghina Islam, Nabi Muhammad s.a.w, Allah Taala dan umat Islam, mereka boleh lepas bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan. Bahkan mereka boleh pula melakukan perbuatan tersebut berulang-ulang tanpa terjejas sedikit pun !!!!!!!

Post a Comment