Thursday, 7 August 2014

WANITA HAMAS BERJUBAH HITAM RESAHKAN PENDUDUK AMERIKA SYARIKAT ???

 

 PENGGUNA Twiiterdogmaticfan mempersoalkan, ”apakah wanita itu dari Hamas?” Entah apa kaitannya seorang wanita berpakaian serba hitam dengan konflik Israel dan Hamas Palestin di tanah Gaza.
 
Tapi sejumlah orang ramai memperkatakannya sebagai sosok misteri. Mereka menyebutnya sebagai “hantu Gaza”. Foto-foto wanita berpakaian hitam itu merebak dan ramai membicarakan di media sosial, baik Twitter dan Facebook.

  

Perempuan itu diketahui berkelana di Amerika Syarikat. Asal usulnya mula dipersoalkan. Tapi wanita itu khabarnya kini berada di Winchester, Virginia, AS.

Seperti dimuat Al-Arabiya , Minggu (3/8/2014), ada yang meyakini perempuan itu jelmaan korban di Gaza dan menyebutnya sebagai hantu, “The #gaza jalur ghost”.

Pengguna lain, seperti dogmaticfan , mempersoalkan, “Apakah wanita itu dari Hamas?

Pengguna internet yang lain mempersoalkan agama seorang wanita itu, “Apakah ia seorang Muslim atau bukan, pakaian apa yang ia pakai itu?” Seseorang telah membuat fanpage bertajuk

“Where is the woman in black?”.




Sudah hampir sebulan laman Facebook itu diwujudkan, dan sudah mmpunyai 77 ribu followers.

Sementara itu dalam laman Sydney Morning Herald , wanita itu disebutkan bernama Elizabeth Poland. Wanita berusia 54 tahun itu telah menempuh perjalanan kaki menuju rumah ayahnya di Winchester.

Dia adalah seorang janda, ditinggalkan suaminya pada 2008 Menurut adiknya, Raymond Poles, ia merupakan veteran perang Amerika Syarikat.

Tempat tinggal terakhirnya adalah rumah sakit Veterans Affairs hospitals.

Berkaitan Gaza, tentera Israel saat ini menyerang sekolah PBB di Rafah, Gaza Selatan.

Akibatnya sebanyak tujuh orang yang berada di dalam tempat pendidikan itu tewas. Israel berdalih, ada pasukan Hamas yang berkubu di sekolah tersebut, sehingga mereka terpaksa menyerangnya.

Belum ada pengesahan dari Hamas soal insiden itu Serangan terbaru ini menambah senarai korban tewas di Gaza.

Hingga kini, korban jiwa mencapai lebih dari 1.700 orang. Sementara, 63 tentera dan 3 orang awam dari Israel tewas.

No comments: