Perkahwinan pasangan ini sepatutnya
berlangsung pada Jumaat, 8 Ogos 2014 namun apa yang telah dirancang
selama ini tidak akan menjadi kenyataan selepas ibu kepada bakal pengantin perempuan memaklumkan majlis tersebut sudah dibatalkan.
Bercakap kepada Berita Harian, ibu kepada Amyra Rosli yang
juga bertindak sebagai pengurus Norzaridah Ahmad memaklumkan yang
keputusan berkenaan dibuat hasil perbincangan kedua-dua belah keluarga
dan kesepakatan itu dicapai pada Ramadan lalu.
“Pernikahan
yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini dibatalkan dan tidak akan
menjadi kenyataan atas persetujuan bersama. Maaf kami tidak dapat
berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya
berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga
kami”
“Mengenai
jodoh mereka berdua, kami serahkan kepada ketentuan takdir. Hanya itu
yang dapat saya katakan ketika ini,“ katanya kepada wartawan hari ini.
Harapnya
pasangan ini hanya menunda majlis bahagia mereka dan bukan tidak jadi
terus. Sayang hubungan yang telah terbina. Dazrin Kamarudin & Amyra
Rosli berkenalan selama tiga tahun sebelum bertunang pada 25 Ogos tahun
lalu.
No comments:
Post a Comment