Saturday 9 August 2014

KHALID SAMAD PENYEBAR PRINT SCREEN WHATSAPP AJK PAS PUSAT ???

 

AIDCNews – 8/9/14 – Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad digesa menafikan bahawa beliau bukan merupakan penyebar print screen mesej Whatsapp, perbincangan rangkaian dalaman PAS yang menjadi kontroversi baru-baru.


Gesaan itu dibuat oleh laman pro ulama, El Haraki dalam postingnya semalam.

“Sebelum ini telah tersebar bahawa no telefon pertama yang menyebar print screen tersebut adalah datang daripada Shah Alam. 

“Kini, bukti-bukti ini pula terbongkar. Adakah benar segala pendedahan ini?

“Jika tidak benar, Khalid Samad wajar nafikan. Dan jika benar, Khalid Samad selayaknya dihukum kerana menjadi pengkhianat kepada jemaah,”kenyataan dari El Haraki dipetik.

Print screen mesej Whatsapp itu ditulis oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam “Whatsapp AJK PAS Pusat” berbunyi:

“Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini”

Penjelasan Dr Mohd Zuhdi :

PENJELASAN ISU WHATSAPP AJK PAS PUSAT BOCOR

Kesyahduan hari terakhir Ramadan semalam telah dicemarkan oleh tindakan segelintir pihak dalam PAS, membocorkan maklumat perbincangan yang sangat sulit dan rahsia dalam kumpulan Whatsapp AJK PAS Pusat. Tindakan tersebut telah membangkitkan ‘fitnah yang sedang tidur’ pada hari yang sepatutnya ditumpukan kepada ibadah sebagaimana nasihat al-Mursyid al-Am PAS.

Tindakan membocorkan maklumat perbincangan itu dipercayai dilakukan oleh salah seorang ahli yang ada dalam kumpulan Whatsapp AJK PAS Pusat, sekaligus menunjukkan sikap yang sangat buruk pada individu tersebut. 

Ia dilakukan untuk memalitkan nama saya dengan gerakan untuk membawa PAS keluar dari PR, setelah saya melakukan beberapa kritikan keras ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut isu MB Selangor.

Sebenarnya maklumat perbincangan yang dibocorkan itu adalah respon saya kepada permintaan ahli-ahli perbincangan supaya mengemukakan analisis senario (scenario analysis) tentang cadangan seorang pimpinan kanan PAS yang mengusulkan PAS keluar dari PR. 

Usul PAS keluar dari PR itu telah disokong kuat oleh tidak kurang 10 orang anggota dalam kumpulan whatsapp itu, yang sebahagian besar mereka amat rapat dengan Anwar Ibrahim.

Mereka menyambut usul keluar PR yang dicadangkan itu, dengan ada yang menambah, mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang hendaklah mendahulukan perbincangan usul ini daripada membincangkan kemelut isu MB Selangor. 

Terdapat juga yang menyarankan, PAS lebih baik bersendirian supaya ahli-ahli PAS lebih bebas mengkritik dan mencegah kemungkaran sebagaimana ketegasan PAS yang dikenali sebelum ini.

Berikutan dengan perbincangan itu, saya mencadangkan supaya dibuat analisis senario apa yang akan berlaku jika PAS keluar PR dari segi kerajaan negeri yang PAS bersama di dalamnya, situasi penerimaan ahli-ahli dan lain-lain. Cadangan itu dialu-alukan dan mereka meminta saya mengemukakannya.

Disebabkan permintaan tersebut sayapun mula melakukan analisis ringkas tersebut dengan mengimaginasi senario yang akan berlaku jika PAS keluar PR. Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira.

Dalam maklumat perbincangan yang dibocorkan itu, saya memaparkan senario yang akan berlaku sekiranya PAS keluar PR, dari segi kedudukan kerajaan negeri Selangor, dan kebebasan PAS untuk berhadapan dengan DAP dan lain-lain pihak seumpamanya yang boleh dikecapi semula selepas keluar PR. Saya menggunakan bahasa imaginasi untuk menggambarkan senario tersebut.

Berikutan dengan penjelasan ini, saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu. 

Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam PAS yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur.
Sekian, salam Eidul Mubarak dan maaf zahir batin

Yang benar,

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Operasi PPP
Behrang Stesen, Perak


11.15 pagi
1 Syawal 1435 / 28 Julai 2014


Seterusnya... lihat di sini

No comments: