"....Kita melihat ia sebagai satu pendekatan yang radikal
tetapi untuk menyekat Facebook itu (ketika ini adalah) tidak mungkin.
Kita boleh mengadu kepada Facebook untuk menutup laman tertentu..." - DS
Shabery Cheek.
Kerajaan akan mengkaji kewajaran untuk menutup laman sosial Facebook di negara ini sekiranya mendapat sokongan masyarakat.
Menteri
Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,
kajian tersebut akan dilaksanakan dalam bentuk pungutan suara terhadap
pelbagai lapisan peringkat masyarakat di negara ini.
Saya
nak dengar pandangan orang ramai kerana antara aduan paling besar kita
terima adalah melalui Facebook. Sekiranya orang ramai berpendapat bahawa
laman web itu perlu ditutup, kita bersedia untuk melihatnya.
Kita
melihat ia sebagai satu pendekatan yang radikal tetapi untuk menyekat
Facebook itu (ketika ini adalah) tidak mungkin. Kita boleh mengadu
kepada Facebook untuk menutup laman tertentu," katanya pada Majlis
Penutup Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Cheras di
sini hari ini.
Beliau mengulas beberapa kes penghinaan
dilakukan penggunaan Facebook terhadap isu-isu sensitif rakyat negara
ini termasuk melibatkan kaum dan agama.
Mengulas lanjut,
Ahmad Shabery berkata, pungutan suara tersebut akan dilaksanakan bagi
mengetahui kesan yang bakal diterima pengguna laman sosial berkenaan
sekiranya ia ditutup.
Tetapi apakah ini pilihan yang
kita pilih? Perkara ini perlu kita kaji dan perlu mendapat pandangan
orang ramai sebab kita mempunyai lebih kurang 15 juta akaun Facebook di
negara kita," katanya.
Jelas beliau, Facebook turut
menjadi platform bagi rakyat negara ini menjalankan perniagaan mereka di
samping merapatkan hubungan silaturahim di dalam institusi
kekeluargaan.
Katanya, pandangan orang ramai juga perlu
memandangkan hanya 2,000 aduan diterima membabitkan Facebook berbanding
jumlah akaun keseluruhannya iaitu kira-kira 15 juta.
Jadi, apakah kerana 2,000 kita terpaksa menutup kesemuanya? Jadi kena tengok balik dalam soal ini," katanya. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment