Friday, 29 August 2014

KALAU BUKAN WAN AZIZAH... ADAKAH ANWAR IBRAHIM MINTA SEMUA DALAM PR SOKONG WANITA JADI MB SELANGOR ???


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara terbuka meminta PAS untuk menyatakan sama ada mereka menentang keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.

"Oleh kerana ini melibatkan kedudukan seorang wanita, adakah ini bermakna mereka tidak bersedia menerima seorang wanita sebagai pemimpin? Mereka perlu mengambil kira perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menarik balik saman fitnahnya terhadap Tan Sri Syed Hamid Albar, hari ini.

Ketua kmum PKR itu mengulas keputusan PAS semalam untuk mengemukakan lebih dua nama untuk dicalonkan sebagai menteri besar kepada istana sebagaimana diminta baginda Sultan Selangor.

Langkah PAS bertentangan dengan keputusan Majlis Presiden PR pada 17 Ogos untuk menamakan hanya Dr Wan Azizah untuk jawatan itu.


Pada Selasa, PKR dan DAP berkata mereka bertegas dengan keputusan hanya mencalonkan Dr Wan Azizah, walaupun Sultan Selangor bertitah setiap parti dalam PR mengemukakan sekurang-kurangnya dua nama kepadanya.

No comments: