PETALING JAYA : Sesetengah lelaki meletakkan cincin pada pangkal zakar mereka agar mereka dapat mengekalkan ereksi, kata pakar urologi.
Menurut kolumnis The Star Online Dr George Lee, “kesan turniket” ini akan memastikan darah di dalam zakar tidak mengalir kembali ke badan.
“Apabila anda mengalami ereksi, terdapat darah yang merening ke zakar. Sesetengah lelaki akan menggunakan pam jika mereka tidak boleh berereksi.
“Untuk mengekalkannya, mereka meletakkan cincin pada pangkal zakar; sama ada diperbuat daripada getah, tali kulit, atau dalam beberapa kes, cincin yang dibuat daripada besi,” kata Dr Lee.
Menurut kamus Meriam-Webster, turniket adalah peranti yang memeriksa pendarahan atau aliran darah dengan memampatkan saluran darah.
Ahad lalu, sepasukan empat anggota dari unit Emergency Medical Rescue Team (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Baru mengambil masa hampir dua jam untuk memotong cincin keluli yang dipakai seorang lelaki berusia 23 tahun.
Lelaki itu kemudiannya berkata dia melakukannya untuk tujuan “suka-suka”.
Bahagian zakar lelaki itu membengkak.
“Apa yang berlaku adalah kes darah tidak mengalir semula ke dalam badan dalam tempoh yang lama. Bahagian yang berada di luar cincin logam akan membengkak dan bekalan darah ke zakar dikompromi.
“Pengumpulan darah yang telah lama ini akan membuatkan ia kelihatan biru dan bengkak,” kata Dr Lee, sambil menambah kes yang sama berlaku di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ketika beliau bekerja di sana beberapa tahun yang lalu.
“Selepas beberapa jam, sel-sel zakar melalui sesuatu yang dipanggil ‘nekrosis’ atau keadaan ia mati kerana tidak mendapat oksigen,” kata Dr Lee.
Beliau menambah selepas enam jam, zakar akan melalui fibrosis dan parut, dan tidak akan mempunyai fungsi ketegangan pada masa akan datang.
“Sebabnya itulah ia perlu ditangani dengan satu perubatan kecemasan dengan segera,” katanya.
Tambahnya, doktor akan cuba menyelamatkan zakar dengan mencucukkan jarum terus ke zakar agar lebih banyak darah mungkin boleh disedut keluar.
Jika zakar menjadi lembik, cincin itu boleh ditarik keluar tetapi jika tidak, Bomba terpaksa dipanggil untuk mendapatkan bantuan, kata Dr Lee.
“Tidak ada pemotong logam dalam amalan perubatan dan dalam keadaan ini, Bomba akan menjadi orang pertama yang akan dihubungi hospital,” katanya.
Adakah dia mempunyai apa-apa nasihat untuk mereka yang merancang untuk meletakkan cincin pada zakar mereka?
“Jika anda mempunyai masalah ereksi, pergi berjumpa doktor dan lihat jika pil mungkin menjadi pilihan yang lebih mudah. Tetapi jika mereka benar-benar perlu menggunakan “turniket” sebagai pilihan, gunakan yang diperbuat daripada getah atau kulit. Jauhi logam, jika tidak Bomba mungkin perlu datang dan membantu anda,” katanya.
No comments:
Post a Comment