Wednesday, 23 July 2014

( FOTO ) : 3 KENDERAAN TERBAKAR, LORI REMPUH PLAZA TOL USJ


Kuala Lumpur : Tiga pemandu kenderaan sempat melarikan diri dari terbakar hidup-hidup sejurus sebuah lori tiga tan merempuh Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas di sini, sebelum dijilat api.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, sebuah lori tiga tan yang membawa muatan tanah terbakar selepas merempuh penghadang tembok konkrit di tol berkenaan.
Rempuhan itu menyebabkan lori berkenaan terbakar sebelum api merebak ke arah dua kenderaan lain yang berada bersebelahan lorong pondok tol berkenaan.


Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu kenderaan itu berjaya menyelamatkan diri manakala pemandu lori didapati menghilangkan diri dari lokasi kejadian.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, kebakaran berpunca apabila sebuah lori yang membawa muatan tanah terbabas dan melanggar palang dan tembok konkrit berhampiran pondok tol.


Katanya, kejadian itu menyebabkan kenderaan di kiri dan kanan lorong di tol itu turut terbakar manakala seorang petugas wanita cedera di bahu dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri.
Menurutnya, dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Puchong dan Balai Bomba Penchala dikerahkan ke lokasi untuk memadamkan api kebakaran.

“Api berjaya dipadamkan kurang dalam tempoh 10 minit Punca kebakaran masih disiasat,” katanya.
Sumber

No comments: