
Alvin dan rakannya Vivian Lee menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan iaitu memuat naik di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, satu kandungan gambar dan komen di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi pada pukul 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013.
Bagi pertuduhan pertama, Alvin dan Vivian didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu satu kandungan gambar dan komen yang sama yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

No comments:
Post a Comment