Dr. Asri juga mendakwa rancangan sedemikian dilarang kerana mengundang kejutan kepada orang awam, ketakutan, kepalsuan dan aib kepada mangsa panggilan palsu tersebut.
"Rancangan seperti itu hanya memperbodohkan mangsa dan menjadi mangsa bahan untuk ditertawa oleh orangramai secara yang memalukan. Ia secara tidak langsung sering mendedahkan aib peribadi mangsa yang tidak sepatutnya," kata Dr Asri dalam laman FBnya.
"Nabi s.a.w bersabda: “Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut (ketakutan)”. (Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Ahmad).
"Muslim hendaklah mengelakkan perbuatan yang seperti itu." katanya lagi.
Isu menjadi panas setelah stesen radio popular Hot.FM yang menganjurkan ini memohon maaf setelah dihentam bertubi-tubi oleh pendengar mereka. Rancangan tersebut dikelolakan oleh DJs Fizie, Fara Fauzana dan AG.
No comments:
Post a Comment