Monday, 2 June 2014

RM 30 JUTA DIBAYAR MALAYSIA KEPADA ABU SAYYAF UNTUK TEBUS MANGSA CULIK SINGAMATA ???!!!

alt

KUALA LUMPUR 2 Jun :

Malaysia dikatakan membayar hampir RM30 juta kepada pengganas Abu Sayyaf bagi membebaskan warga China dan Filipina yang menjadi mangsa penculikan di pantai Semporna dua bulan lalu.

Pemimpin Barisan Kemerdekaan Kebangsaan Moro (MNLF) Nameh Sangkula berkata, beliau telah didekati oleh wakil Malaysia untuk menyerahkan sejumlah wang kepada pengganas tersebut untuk membebaskan kedua-dua tebusan.

Menurut Nameh, sejumlah wang bernilai beberapa juta ringgit turut diberikan kepada MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari sebagai yuran ejen.

Mangsa, Gao Huayun, 28 (warga China) dan Marcy Dayawan, 40 (warga Filipina) dibebaskan di Parang, sebuah pekan kecil berdekatan Sulu.

Huayun dan Marcy kedua-duanya diculik di sebuah pusat peranginan di Semporna dua bulan lalu.

Kumpulan penculik tersebut dikatakan bergiat aktif di Selatan Filipina termasuk yang ernah berlaku di Pulau Pom-Pom tahun lalu dan di Pulau Sipadan pada tahun 2000.

Post a Comment