Tuesday 10 June 2014

(FOTO) : PEMBUATAN BIHUN CAP MASJID YANG SANGAT MELOYAKAN... TIDAK PERNAH MENDAPAT SIJIL HALAL DARI JAKIM !!!


PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa menafikan mengeluarkan sijil dan logo halal yang sah kepada pengusaha produk 'Bihun Istimewa' menggunakan lambang masjid  keluaran sebuah syarikat yang beroperasi di ibu negara. 





Jakim menafikan pengiktirafan halal yang diberikan selepas gambar yang menjijikan seorang lelaki tanpa baju yang dipercayai sedang membungkus mihun jenama berkenaan tersebar di laman sosial.


Sehubungan itu, Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusof menegaskan,  syarikat berkenaan tidak pernah diberikan sijil halal daripada Jakim seperti yang tertera pada produknya. 


"Jakim dengan ini menegaskan bahawa syarikat tersebut bukan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia. Mereka juga tidak pernah mempunyai sijil halal yang sah daripada Jakim," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. 


Bagaimanapun Hakimah berkata, oleh kerana produk tersebut mengguna logo halal Jakim pada pembungkusan produknya, Jakim akan mengambil tindakan  mengikut Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.


"Jakim telah mengambil maklum hal ini dan pihak kami sedang menyiasat lanjut perkara ini," katanya. 

Sejak pagi Selasa, beberapa keping gambar menjijikan memaparkan pengusaha mihun menggunakan lambang 'masjid' tersebar di blog dan laman sosial. 
Ia memaparkan aksi pekerja asing bukan Islam sedang membungkus mihun berkenaan dengan suasana kedai yang kotor dan menjijikan. 
Rata-rata pengguna melahirkan kebimbangan mereka terhadap status halal produk berkenaan.

BERIKAN SOKONGAN KEPADA BIHUN HALAL KELUARAN BUMIPUTERA : 

Kilang Bihun Beras Indah (KBBI) syarikat  cina dimana sebelum ini telah ditarik lesen perniagaannya pada 2007 kerana beroperasi tanpa logo halal jakim serta beroperasi didalam kandang babi dimana berita ini telah keluar di buletin utama TV3. Tempat itu juga telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya..

Pemilik kilang bihun KKB Resources ini sebenarnya adalah pemilik yang sama bagi menternak babi. Mungkin tidak menjadi kesalahan jika ada lesen untuk menternak babi, cuma yang menjadi kesalahan adalah pemilik cina menggunakan kilang yang sama untuk membuat bihun dan menternak  babi dalam masa yang sama.

Dan kandang ternak  babi serta kilang  bihun ini berkongsi saluran yang sama iaitu seperti pagar, longkang , saluran air bumbung dan juga sistem kumbahan.  Antara nama syarikat  bihun yang didaftarkan tetapi adalah pemilik yang sama adalah...
  • Kilang Bihun Bersatu Sdn Bhd
  • Kilang Bihun Bersatu (East Malaysia) Sdn Bhd
  • Kilang Bihun Bersatu Beras Indah Sdn Bhd
  • Bersatu Noodles Industries Sdn
  • Twenty-Twenty Food Industry Sdn Bhd
  • Rasayang Food Industries Sdn Bhd


6.Antara jenama bihun dari syarikat KBB Resources ini adalah :

  • Bihun Jati
  • Bihun Cik Siti
  • Bihun Silat
  • Bihun Masjid
  • Bihun Fatima
  • Bihun Rumah Melayu
  • Bihun Bersatu Melayu
  • Bihun Kampung
  • Bihun Kampung Halus
  • Bihun Kampung Brownrice
  • Bihun Kampung Twenty Twenty
  • Bihun Laksa Kampung Kasar
  • Bihun Kapal Layar
  • Bihun Penang Laksa
  • Bihun Ecobrown
  • Bihun Serama Mas
  • Bihun Serama
  • Bihun Eka cap Laksa Beras
  • Bihun Eka cap Laksa Bihun
  • Bihun Eka cap Bersatu Rumah Melayu
  • Bihun Eka cap Rumah Melayu
  • Bihun Eka cap Beehon Eknomi
  • Bihun Eka cap Burung Layang Layang
  • Bihun Eka cap Naga Dua
  • Bihun Eka cap Beras Layang Layang
  • Bihun Eka cap Masjid
  • Bihun Eka cap AAA
  • Bihun Eka cap Beehon
  • Bihun Eka cap Fatima
  • Bihun Eka cap Bihun Wangi
  • Laksa Kampung Kasar
  • Laksa Kampung Halus
  • Laksa Silat Kasar
  • Laksa Silat Halus


Sebagai gantian belilah bihun Melayu.  Sokong Bihun Melayu Jati Bumiputera Islam :

  • Faiza
  • HPA
  • Jasmine
  • Beras Era.

No comments: