Sunday, 22 June 2014

BEKAS SUAMI NABILA HUDA BERANG ANAKNYA PUN DIAJAK MURTAD !!!

Bekas Suami Nabila Mengamuk Isu Diajak Murtad: "Jangan Libatkan Anak Saya"
Eddie bersama Keisha Laila

Bekas suami Abil, Eddie Ghiller atau nama sebenarnya Zaidi Zailani berang setelah seorang follower mengajak Nabila Huda dan anaknya menukar agama.

Ini kata-kata Eddie Ghiller :
“Kalau boleh apa saja berkaitan Abil, saya tak nak komen. Tapi, bila perkara ini melibatkan anak saya, saya memang tak akan berdiam diri. Kalau saya jumpa orang itu mungkin itu hari terakhir dia makan nasi dengan suap sendiri.
“Kenapa dia nak kacau anak saya yang tidak bersalah? Anak saya masih kecil lagi. Dia boleh usik orang lain tetapi bukan anak saya, Keisha Laila. Jangan libatkan anak saya, kalau tak saya takkan lepaskan orang yang buat hal dengan anak saya,”
“Kebelakangan ini banyak berlakunya kes murtad, jadi tak mustahil individu tersebut menggunakan platform media sosial sebagai cara untuk dia melakukan perkara tersebut. Isu ini agak sensitif, jadi kalau boleh saya tak nak komen lebih-lebih,”
“Saya tak akan berborak atau sentuh perkara ini dengan Abil. Kalau benda itu (tukar agama) terjadi, saya tak tahulah nak cakap apa. Tapi kita tak sebodoh itu nak tinggalkan agama Islam selagi kita percayakan Tuhan. Kalau boleh saya tak nak kaitkan agama lain kerana hormat semua bangsa dan agama. Kami masih orang Islam dan masih boleh mengucap dan Keisha sendiri juga boleh baca Bismillah,”
Eddie merupakan ahli kumpulan Tiga Swagger. Dia berkahwin dengan Nabila Huda dan dikurniakan Keisha. Mereka bercerai pada 2011 setelah 3 tahun berkahwin. (sumber: gua) Via : Isu Terhangat

No comments: