Parti Tindakan Demokratik (DAP) kehilangan seorang lagi wakil rakyat, apabila ADUN N45 Bukit Assek, Wong Ho Leng dilaporkan meninggal dunia pada jam 10.50 malam tadi.
Mendiang Hong Ho Leng yang menderita ketumbuhan tumor otak telah berada dalam keadaan koma di Pusat Perubatan Rejang di Sibu, Sarawak sejak awal Mei lalu.
Memandangkan rekod sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 20 Jun 2011, kematian ADUN Bukit Assek tersebut tidak membolehkan pilihan raya kecil diadakan kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK hanya boleh diadakan tidak kurang dari tiga tahun dari tarikh pembentukan kerajaan negeri - Sarawakiana
No comments:
Post a Comment